Categories: Trending

Selepas Nepal, Indonesia Pula Haramkan PUBG

Permainan PUBG atau dikenali dengan ‘PlayerUnknown’s Battleground’ memang menjadi trend terutama dalam kalangan muda mudi masa kini, bukan je kaum lelaki malah kaum perempuan pun tak kurang juga turut terjebak dalam aktiviti permainan ni. 

Permainan PUBG pada asalnya dicipta oleh firma dari Korea Selatan, disebabkan permainan ini sangat popular ia sekaligus memberi tanggapan negatif terhadap psikologi kanak kanak. Justeru, negara Nepal bertindak mengharamkan permainan ini di negara mereka.

Terbaru, Permainan PUBG diharamkan oleh  Majlis Ulama Aceh (MPU)  di Indonesia yang mengatakan PUBG menggalakkan perlakuan negatif.

Mereka juga turut berpendapat bahawa kanak-kanak yang bermain PUBG menjadi lebih agresif sekiranya dilarang oleh ibu bapa untuk bermain permainan itu. 

Selain itu, majlis itu juga berpendapat PUBG memberikan pengaruh buruk kepada pemainnya yang secara berperingkat menjadi panas baran dan obses terhadap permainan itu. 

PUBG turut direkodkan mencapai 100 juta kali muat turun sejak permainan ini dilancarkan pada tahun 2007. 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”