Categories: Trending

Semak Status Kelulusan Pembayaran & Syarat Layak GKP Tambahan Bermula Hari Ini

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini kini boleh membuat semakan status kelulusan bagi GKP Tambahan menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bermula hari ini.

 

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan, pemohon yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat pada 25 Mac 2021 melibatkan RM883 juta bayaran dalam GKP Tambahan ini.

 

GKP Tambahan adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan usahawan PKS dan juga Mikro.

Syarat layak Penerima GKP

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh usahawan untuk menerima GKP iaitu:

  • Usahawan iaitu pemilik PKS Mikro tersebut ialah warganegara Malaysia
  • Usahawan tersebut masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka belum ditutup.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan usahawan tersebut adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

 

Selain itu, beberapa syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

 

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

 

Cara membuat semakan

Bagi usahawan yang ingin membuat semakan GKP Tambahan,  ikuti langkah-langkah yang seperti berikut ;

  1. Layari laman web gkp.hasil.gov.my.
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  4. Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan GKP Tambahan dipaparkan.

 

Dan sebarang pertanyaan lanjut mengenai rayuan GKP Tambahan ini bolehlah layari gkp.hasil.gov.my

Salma Syahbuddin