Categories: Trending

LHDN Sedia Senarai Penerima B40 Yang Layak Terima Manfaat PEMERKASA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menggunakan senarai penerima B40 yang disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini bagi mengenal pasti penerima yang layak untuk menerima manfaat kempen MyBAIKHATI di bawah Program Strategik Rakyat dan Ekonomi, PEMERKASA yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu.

 

Selain itu, tujuan senarai ini penerima B40 ini disediakan adalah untuk memastikan program tersebut dapat dilakukan dengan teliti bagi memastikan bantuan berkenaan mencapai golongan sasar tanpa ada yang tercicir.

 

“Saya tidak risau sangat soal pelaksanaan crowdsourcing untuk peranti berkenaan kerana senarai yang akan digunakan adalah senarai yang disediakan LHDN”

 

Terdahulu, SKMM akan memperkenalkan program MyBaikHati dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti terpakai dan kemudiannya diagihkan untuk kegunaan ramai.

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin