Categories: FeaturedTrending

Bantuan 4,000 Peranti Kepada Pelajar B40 – Menteri Pengajian Tinggi

Menerusi Inisiatif Pakej Pelan Data dan Peranti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengagihkan kira-kira 200,000 pelan data dan 4,000 peranti kepada pelajar kumpulan B40
bagi membantu mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti semasa pandemik.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, inisiatif yang dilancarkan pada November 2020 itu merupakan kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi serta syarikat telekomunikasi dan syarikat korporat lain bertujuan membantu meringankan beban penuntut yang memerlukan teknologi digital untuk menghadiri kuliah.

“Seramai 1.2 juta penuntut termasuk 130,000 pelajar antarabangsa terjejas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti biasa bermula Mac 2020.”
katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan dan Pembelajaran Kebangsaan 2021 pada Selasa.

Selain itu, sebanyak RM50 juta telah diluluskan di bawah Belanjawan 2021 bagi menaik taraf projek Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia (MyREN) untuk membolehkan penuntut mendapat akses kepada liputan Internet yang lebih baik dan pantas.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”