Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021 lalu, kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melalui Geran
Khas Prihatin (GKP) 4.0.
Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat kepada penerima yang layak menerusi permohonan baharu yang dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 lalu bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
Berikut merupakan cara untuk menyemak status pembayaran GKP 4.0 Tambahan yang mula dibuat bermula September ini.
Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada :
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak LHDN dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, bagi penerima yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.
Dan untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar, pemohon diminta untuk memastikan maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah :
Sumber:LHDN
Empat kali berturut tu! Tahniah DJ Lin!
Jom tengok A Mother's Touch
Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula
Alhamdulillah, moga segalanya baik-baik untuk Mickey🙌
Makan bertahun-tahun juga Datuk Yusof Haslam nak pujuk Datin Patimah ek