Categories: FeaturedTrending

Kongsi Sijil Vaksin Zaman Uthmaniyah, Netizen Dakwa PU Amin Dibayar Freemason

Tindakan Pencetus Ummah (PU) Amin memuat naik sijil vaksin zaman kerajaan Uthmaniyah baru-baru ini ternyata mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Lebih teruk, ada segelintir netizen yang mendakwa tindakan PU Amin mengajak orang ramai mengambil vaksin adalah disebabkan beliau telah dibayar oleh gerakan Freemason.

Justeru itu, PU Amin dalam satu hantaran di Instagram Story miliknya memaklumkan bahawa tuduhan terbabit adalah melampau dan tidak tepat.

Tidak marah terhadap golongan anti-vaksin, PU Amin bagaimanapun berharap agar mereka tidak menghasut, menulis atau bercakap perkara tidak betul mengenai pengambilan vaksin.

 

“Simple je, hal dunnia kita buat. Hal akhirat kita tak lupa.” Tulisnya.

Selain itu, PU Amin juga berkongsi kisah pada zaman Rasullullah SAW mengenai kaedah dan cara ketika berdepan dengan wabak.

Justeru itu, beliau berharap agar penyebaran mengenai pengambilan vaksin dalam kalangan masyarakat haruslah dilakukan sebagai salah satu bentuk tanggungjawab.

Bukan semata-mata untuk menghasut, melagakan, bergaduh apatah lagi memecah belahkan ummah.

 

Terdahulu, PU Amin mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sijil vaksin berusia 120 tahun yang dipercayai dikeluarkan pada zaman Uthmaniah dan dikeluarkan di Istanbul pada tahun 1900.

Salma Syahbuddin