Doa Ebit Lew Sahkan Spekulasi Kehamilan Intan Ladyana

Desas-desus mengenai kehamilan aktres Intan Ladyana, 39, bertiup kencang dalam kalangan peminat industri hiburan baru-baru ini.

Nampaknya persoalan itu terjawab selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menitipkan doa buat anak dalam kandungan pelakon itu .

Menerusi satu hantaran yang dikongsi oleh suami Intan, pelakon Harris Alif, UEL mendoakan kesihatan anak dalam kandungan wanita itu.

“Ustaz ada doa tak untuk istersi saya?” tanya Harris.

UEL menitipkan doa buat pasangan itu dan berharap agar anak dalam kandungan Intan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah kelak.

“Semoga Harris dan Intan Allah beri sentiasa bahagia sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan.

“Mudah-mudahan selamat Insya-Allah kandungan anak yang soleh dan solehah, zuriat sampai kiamat serta berbuat kebaikan atas dunia. Insya-Allah sayang,” kata UEL.

Menjengah ke ruangan komen, Intan hanya mengaminkan doa terbabit.

Dalam pada itu, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen hantaran tersebut dengan doa buat Intan dan anak dalam kandungannya.

Terdahulu, tular beberapa video dan foto yang memberi bayangan pelakon drama Bougainvillea itu sedang hamil anak pertamanya.

Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, mendirikan rumah tangga dengan Intan, 39, pada 6 Februari lalu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”