Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 7, 2021 @ 3:41pm

Semak Status & Tarikh Bayaran Tambahan GKP 4.0 Sehingga RM1,000 Bermula September Ini

Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun 2021 lalu, kerajaan terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro melalui Geran
Khas Prihatin (GKP) 4.0.

Peruntukan GKP 4.0 ialah sebanyak RM1 bilion di mana bayaran akan dibuat kepada penerima yang layak menerusi permohonan baharu yang dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 lalu bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Cara semak status pembayaran

Berikut merupakan cara untuk menyemak status pembayaran GKP 4.0 Tambahan yang mula dibuat bermula September ini.

  1. Layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di gkp.hasil.gov.my
  2. Masukkan No.Kad pengenalan anda
  3. Untuk proses semakan, anda diminta untuk memasukkan abjad kaptcha
  4. Tekan semak

Tarikh Pembayaran

Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada :

  • September 2021 (RM500)
  • November 2021 (RM500)

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak LHDN dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Selain itu, bagi penerima yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.

Dan untuk  memastikan proses pembayaran berjalan lancar, pemohon diminta untuk memastikan maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah :

  1. Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan)
  2. Berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon
  3. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan

 

Sumber:LHDN

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Featured Sat, 11 Oct 2025

Azlan & The Typewriter,  Kristal X Bergabung Dalam Konsert ‘Rockolusi Kuasa Dua’, Bakal Gamatkan Zepp KL Februari Ini!

Dua nama besar dunia rock tanah air Azlan & The Typewriter (ATT) dan Kristal X bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur!

Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

Trending Mon, 19 Aug 2019

IZ*ONE’s Under Fire For Using Mosque as Aesthetics at KCON LA

IZ*ONE’s management really need to handle things better!

Featured Thu, 7 Nov 2024

SPRM Sita 11 Beg & Jam Tangan Mewah Milik Vivy Yusof, Fadza Bernilai RM200,000

Pasangan terbabit difahamkan akan menyambung perbicaraan di SPRM pada hari ini.

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Sun, 9 Feb 2025
error: Content is protected !!