Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2025 @ 1:13pm

Azlan & The Typewriter,  Kristal X Bergabung Dalam Konsert ‘Rockolusi Kuasa Dua’, Bakal Gamatkan Zepp KL Februari Ini!

Dua nama besar dunia rock tanah air Azlan & The Typewriter (ATT) dan Kristal X bakal menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert mega ‘Rockolusi Kuasa Dua’ yang dijadualkan akan berlangsung pada 1 Februari depan.

Menurut wakil penganjur dari Republic Mokhmah Records, Abdul Musa Mokhtar, konsert ini diadakan bagi menghidupkan semula semangat dan nostalgia era kegemilangan muzik rock Malaysia yang masih kekal relevan sehingga kini.

“Kami telah menjalankan tinjauan di media sosial dan mendapati rata-rata peminat memang mahukan gandingan ini.

“Kristal X banyak melahirkan lagu-lagu malar segar seperti Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam, manakala ATT pula tidak kurang hebatnya dengan lagu Jangan Khianati Aku yang berjaya menembusi pasaran Indonesia.

“Konsert itu juga dijangka menjadi antara persembahan yang sukar dilupakan, khususnya menerusi kehebatan vokal dua penyanyi utama terbabit.

“Kami mahu menghidupkan kembali semangat itu dan membuktikan bahawa mereka masih berbisa di pentas besar,” katanya.

Abdul Musa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Manakala, selaku vokalis Kumpulan Azlan & The Typewriter, kumpualnnya mengambil sedikit masa sebelum bersetuju dengan projek tersebut kerana mahu memahami terlebih dahulu visi dan kemampuan penganjur serta memastikan keserasian antara kedua-dua kumpulan.

“Kami bukan sekadar nak terlibat dalam konsert, tapi nak pastikan kerjasama itu menyeronokkan dan berjalan dengan harmoni. Bila ada keserasian antara band dan penganjur, barulah konsert tu benar-benar ‘hidup’.

“Kristal X merupakan rakan kolaborasi yang ideal kerana kedua-dua kumpulan berada dalam lingkungan genre rock tetapi membawa keunikan tersendiri,” jelasnya.

Difahamkan, pada konsert itu nanti, ATT akan menampilkan hampir 10 lagu hit nyanyian termasuklah, Jangan Khianati Aku dan Untuk Mu, selain beberapa lagu lama yang jarang dipersembahkan secara langsung.

 

 

Sementara itu, vokalis Kristal X, Lan Solo berkata, tawaran untuk berkolaborasi dengan ATT pada mulanya mengejutkan.

Ini kerana, kedua-dua pihak melihat potensi besar dalam penyatuan dua kumpulan yang datang daripada latar muzik berbeza.

“Ini kali pertama kami bekerjasama sepenuhnya, bukan sekadar berkongsi pentas, tetapi turut mencipta dan menyusun muzik bersama.

“Kami nampak sesuatu yang segar apabila dua generasi muzik digabungkan.

“Konsert ini akan menampilkan gabungan lagu baharu dan nostalgia, termasuk karya ikonik Kristal seperti Seragam Hitam dan D’Layla dengan susunan muzik baharu.

“Lagu seperti D’Layla saya memang persembahkan eksklusif dengan band dan tidak pernah bawakan secara solo, jadi ia akan jadi sesuatu yang istimewa buat peminat,” kongsinya.

Lebih menarik, konsert itu nanti bakal diserikan dengan kehadiran kumpulan koir Noghori Arts School Voice Ensemble (NASVE) yang dianggotai anak kepada dua vokalis utama iaitu Lan Solo dan Azlan.

Sekdar info, tiket konsert kini mula dijual menerusi laman sesawang www.lassotickets.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Oct 2023

“Senang Nak Viral, Tapi Sukar Untuk Terus Relevan” – Faizdickie

Ingatkan senang je nak jadi content creator ni, tapi hmmmm

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Events Thu, 6 Mar 2025

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Inisiatif ini tuut mendapat sokongan ramai pihak dan jenama Lokal.

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Wed, 9 Aug 2023
error: Content is protected !!