Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 6, 2025 @ 12:28pm

Bantu Golongan Memerlukan, Media Prima Berhad & Nestle Malaysia Agih 1,300 ‘Kotak Rezeki Dari Hati’

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Media Prima Berhad bersama Nestlé Malaysia bekerjasama dalam usaha membantu golongan yang memerlukan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertajuk ‘Kotak Rezeki Dari Hati’.

Agih 1,300 Kotak Rezeki

Sebanyak 1,300 kotak rezeki mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, bihun, sos cili, kopi, serbuk koko, minuman bertenaga serta makanan ringan berkhasiat akan diagihkan kepada penerima yang layak.

Menurut wakil Media Prima dalam majlis pelancaran di Balai Berita, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen Ramadan Raya 2025 (RaRa 2025) yang bertemakan ‘Indahkan Memori’. Ia mencerminkan keprihatinan Media Prima dalam membantu masyarakat menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Sebagai penaja utama, Nestlé Malaysia menyumbangkan pelbagai produk jenamanya yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia, antaranya Milo, Nescafé, sos cili Maggi, Nestum, susu Nespray dan Omega.

Usaha amal ini juga melambangkan komitmen berterusan kedua-dua syarikat dalam membantu ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia melalui semangat “Dari Rakyat untuk Rakyat”.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussain Al Junaid, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.

Turut hadir adalah barisan pengurusan Nestlé Malaysia termasuk Pengarah Eksekutif Kumpulan Hal Ehwal Korporat, Raja Nurmaria Murni, Ketua Eksekutif Perniagaan RTD, Norkhayati Mohamed Hashini, serta beberapa pegawai eksekutif bagi produk Milo, Nescafé dan Maggi.

Bantuan disalurkan pada golongan memerlukan

Selain itu, inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Jasmine Food Corporation, pasaraya Econsave, S&P Santan dan Kantin Lab.

Pelbagai platform media milik Media Prima seperti rancangan televisyen Wanita Hari Ini (WHI), stesen radio Hot FM dan Molek FM, serta media cetak Harian Metro turut terlibat dalam menjayakan program ini.

Bantuan akan disalurkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal miskin, rumah kebajikan, komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang dan Pantai Timur.

Sebagai tambahan, Nestlé Malaysia juga akan menghasilkan tiga kapsul video yang menampilkan kisah inspirasi mengenai petani dan pekerja tempatan dalam menghasilkan produk berkualiti, sekaligus menyokong slogan ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

“Kenapa Soal Bersentuhan Selalu Ditanya Kepada Wanita Berhijab?” – Kenyataan Hannah Delisha Dipertikai Warganet

Hannah Delisha mempersoalkan sama ada pelakon tidak berhijab boleh bersentuhan

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Tue, 21 Dec 2021

Aktres Squid Game Jung Ho Yeon Nampak Lebih Kurus Daripada Biasa, Peminat Luah Rasa Risau

Baru-baru ini pelakon yang membintangi drama Squid Game, Jung Ho Yeon memuat naik beberapa gambar dirinya di halaman Instagram. Dalam beberapa foto yang dimuat naik, terdapat satu gambar di mana Ho Yeon yang juga seorang […]

Featured Wed, 1 Oct 2025
Featured Sat, 20 Dec 2025
Events Tue, 9 Sep 2025

Serangan Kapal Utama Sumud Flotilla, Aktivis Kemanusiaan Kongsi Status Pasukan Malaysia – “Kami Diminta Untuk Kekal Tenang”

Iylia menegaskan, keadaan pasukan Malaysia yang terlibat dalam misi ini berada dalam keadaan baik.

Trending Fri, 22 May 2020
Featured Mon, 7 Apr 2025

Kongsi Detik Pertemuan, Pandemik ‘Buka Hati’ Neelofa & PU Riz

Neelofa berkongsi detik pertemuan bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan, PU Riz.

error: Content is protected !!