Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 7, 2025 @ 12:11pm

Kongsi Detik Pertemuan, Pandemik ‘Buka Hati’ Neelofa & PU Riz

“Jarak daripada acara yang kami hadiri itu mungkin dalam dua tahun sebelum kami dipertemukan semula ketika pandemik itu”.

Demikian perkongsian usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor ketika berkongsi detik pertemuan bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan, PU Riz.

Menerusi temu bual yang tular di platform TikTok, Neelofa mengaku ketika pandemik melanda negara, dia buntu untuk mencari seorang ustaz yang boleh membuat pengisian Ramadan di rumah sehinggalah diberikan idea oleh kenalannya untuk mengundang PU Riz.

“Masa dah tu seminggu Ramadan, tapi pada ketika itu saya rasa tiada pengisian Ramadan, so benda ni tak boleh dengan tak sembahyang terawih lagi.

“Jadi pada ketika itu saya ada call seorang kenalan tanya ada tak sesiapa yang boleh datang ke rumah jadi imam. Tapi masa tu saya ada call seorang ustaz ni tapi dia busy jadi kawan saya ni cakap kenapa tak call PU Riz sahaja. Then bila call tu Haris kata boleh.

“Tapi masalahnya, kami sudah ada beberapa sesi for different events, cuma jarak daripada acara yang kami hadiri itu mungkin dalam dua tahun sebelum kami dipertemukan ketika pandemik itu.

“Dan, masa itulah saya ‘terbuka’ hati,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Neelofa juga mengaku pandemik telah membuka mata suaminya yang pada ketika itu sedang mencari jodoh.

“Itu juga salah satu turning point dia, sebab dia salah seorang terawal yang kena kuarantin di Hospital Sungai Buloh memandangkan kediamannya bersebelahan sahaja dengan masjid di sana. Dan, Haris adalah first batch yang kena COVID masa pergi masjid.

“Haris cakap masa dekat hospital, seriap hari akan ada kematian dan dekat katil hospital juga sudah tersedia kain kafan.

“Sebab itulah dia mula berfikir dan menjadi turning point dia as well untuk mencari sesuatu dan kemudian terjumpa dengan saya. Saya pun pada ketika itu sedang mencari juga,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 May 2019

Azira Shafinaz ‘Rujuk’ Semula

Kata Azira ‘Mungkin dua tahun lagi saya bergelar isteri’

Featured Tue, 19 Nov 2024

Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa UIAM, Netizen Luah Rasa Teruja – “Moga Berjumpa Dimana-Mana Kuliah Nanti”

Tunku Azizah berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir pada majlis Konvokesyen Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diadakan pada 16 November lalu.

Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Having a Busy Schedule Doesn’t Deter Datuk Siti from Being a Mum

Being a mum and career woman isn’t the easiest task to handle but Datuk Siti shows us how it’s done.

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Layan Menantu Dengan Baik, Netizen Puji Sheila Rusly Ada ‘Class’ – “Dulu Tengok Dia Macam Red Flag”

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly menerima pujian netizen selepas sikap dan caranya melayan menantu mencuri perhatian ramai.

error: Content is protected !!