Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2025 @ 7:51pm

Perkasa Kesedaran & Kebajikan Haiwan Terbiar… Lebih 3,000 Kucing Terima Bantuan Di Perlis, Maria Tunku Sabri Turut Turun Padang!

Personaliti televisyen terkenal, Maria Tunku Sabri tampil memeriahkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berlangsung di Bustana Kucing Perlis, baru-baru ini.

Menurut Maria yang merupakan pencinta kucing tegar dan memiliki tujuh ekor ‘anak bulus’ di rumah, dia gembira dapat menyumbang tenaga dalam program kebajikan itu.

“Saya berbesar hati dapat membantu dalam program CSR ini. Saya sendiri mempunyai tujuh ekor kucing di rumah dengan pelbagai ragam yang sering menceriakan hari saya.

“Kucing bukan sekadar haiwan peliharaan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga. Sebab itu saya sangat sukakan aktiviti seperti ini. Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput saya untuk turut serta membantu,” katanya.

Dalam acara terbabit, sebanyak lebih 3,000 ekor kucing di Bustana Kucing Perlis menerima bantuan makanan dan keperluan harian menerusi program CSR Purr-Fect Care by Si Comot, anjuran Powercat dengan kerjasama Kelab Khidmat Masyarakat UniMAP.

Program yang berlangsung di pusat perlindungan kucing itu bertujuan meringankan beban pengurusan shelter berkenaan, yang diusahakan oleh pasangan Mohd Taufik Md Zain dan Noor Azlina Abu Bakar, masing-masing berusia 59 tahun.

Bustana Kucing Perlis kini menempatkan ribuan kucing, termasuk yang sakit serta memerlukan rawatan dan penjagaan khas.

Sebagai sokongan, pihak Si Comot by Powercat telah menyumbangkan 800 kilogram makanan kucing dan pelbagai barangan harian lain bagi kegunaan harian shelter.

Turut serta dalam program ialah para pelajar dari UniMAP yang membantu membersihkan kawasan dan menyusun semula ruang perlindungan kucing, selaras dengan misi memperkasakan kesedaran dan kebajikan haiwan terbiar.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran dua personaliti media sosial terkenal, @king_oyen2022 dan @nabilahbahrin_, yang dikenali kerana aktif memperjuangkan nasib haiwan jalanan.

Menurut @king_oyen2022, ini merupakan kali pertama dia menyertai acara CSR melibatkan kucing.

“Ini pengalaman sulung saya menyertai program CSR seperti ini dan saya sangat gembira dapat membantu kucing-kucing di Bustana Kucing Perlis. Terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana sentiasa menyumbang kepada shelter yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Azzedin Rusland, Pengurus Perniagaan Powercat berkata, program seperti ini penting bagi memperkukuh nilai kemanusiaan.

“Selain itu, ia dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam masyarakat. Kami akan terus menyokong inisiatif sebegini di seluruh negara,” kata Azzedin.

Program Purr-Fect Care by Si Comot akan diteruskan ke beberapa lagi pusat perlindungan kucing di seluruh Malaysia dalam usaha memastikan kebajikan haiwan terpelihara dan pengurusan shelter dibantu secara berterusan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Feb 2018

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai

Featured Tue, 21 Apr 2026

Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Datuk Nash kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.

Featured Mon, 14 Nov 2022
Hiburan Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

Featured Wed, 7 Sep 2022

Didakwa Eksploitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

YouTuber Bros Gang TV nafi sengaja eskploitasi pendedahan ‘berani mati’ Puteri Balqis

Featured Thu, 20 Oct 2022

“12 Tahun Bersama Jatuh Bangun, Suka Duka Dan Struggle Dalam Perniagaan” – Diyla Titip Ucapan Terima Kasih Untuk DSV

Bagi peminat yang selalu mengikuti perkembangan Datuk Seri Vida, pasti sudah mengenali sosok tubuh seorang wanita yang sering dilihat bersamanya. Wanita yang dimaksudkan itu adalah bekas pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Diyla. Namun, baru-baru ini […]

error: Content is protected !!