Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 7, 2022 @ 4:46pm

Didakwa Eksploitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

YouTuber, Bros Gang TV tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang berkata pihak mereka sengaja menggunakan pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, sebagai ‘bahan’ untuk raih penonton.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram milik mereka, Bros Gang TV menafikan tuduhan tersebut serta menjelaskan pihak Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish sendiri mahu meluahkan keperitan hidupnya yang sekian lama terpendam.

YouTuber itu memberi reaksi itu menerusi hantaran di Instagram miliknya bagi menjawab susulan artikel Harian Metro yang melaporkan kenyataan dariapda Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim.

Dalam artikel berkenaan, Dr Raj menyifatkan tindakan Bros Gang TV dalam menyiarkan video berkenaan dianggap sebagai satu bentuk eksploitasi seksual dan pihak berkaitan wajar diambil tindakan.

“Kami tidak mengejar views yang tinggi. Kami dah ada views tersebut.

“Fokus kepada perikemanusiaan, hal ini sangat kritikal. Berapa ramai mangsa di luar sana yang jadi berani untuk ‘bercakap’ setelah isu in diketengahkan?

“Kami turut terkejut dengan perkongsian Aqish, hal ini kerana beliau sendiri yang ingin meluah kepada kami kerana beliau selesa.

“Fokus kepada topik, bukan fokus kepada kami!” tulisnya.

Sementara itu menerusi kapsyen, pihak Bros Gang TV turut berkata mereka kerap bertanya kepada Aqish sama ada dia benar-benar pasti ingin berkongsi.

“Banyak kali kami bertanya pada ibu dan Aqish sendiri perihal ini. Aqish sendiri cakap yang dia tak tahan dalam memendam perasaan setelah bertahun-tahun dan izinkan kami untuk post podcast tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Bros Gang turut menjelaskan tindakan mereka itu adalah untuk menegakkan hak kemanusiaan.

“Kami buat atas dasar human rights. Berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa diluar sana? Kenapa nak fokus kepada kami?” soalnya.

Terdahulu, nama pelakon remaja Puteri Balqis, 15, hangat menjadi perbualan warganet setelah Aqish membuat pendedahan ‘berani mati’ yang menjadi mangsa gangguan seksual atas perbuatan keji bapa kandungnya.

Artikel Berkaitan:

Artikel Berkaitan:

Artikel Berkaitan:

Sumber: Instagram Bros Gang TV

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Duda Terhangat Di Pasaran” – Shuib Dedah Terima DM Makcik & Wanita Yang Mahu….

Baru-baru ini, pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu mengakui ada mendapat banyak Direct Message (DM) dihantar oleh ‘makcik-makcik’ yang ingin menjadikannya sebagai menantu mereka. Menerusi temu bual bersama Nabil di program MeleTop, Shuib turut memberitahu […]

Trending Thu, 12 Aug 2021

Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

MasyaAllah! Semoga ini menjadi tauladan dan juga ikutan buat kita semua

Filem Sun, 14 Sep 2025
Featured Sat, 22 Nov 2025

“Sesuai Lagi Tak Umur Saya Ni Ada Baby” – Isteri Aliff Syukri Rancang Tambah Zuriat?

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, kembali mencuri perhatian warganet apabila meluahkan persoalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.

Hiburan Wed, 7 Nov 2018

钟镇涛「上山」与你一起欢度平安夜!

相隔不到一年,钟镇涛再次攻上云顶,于12月24日(星期一)晚上10时,举办个人巡回演唱会,与大马歌迷共度一个难忘的平安夜。

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Adakah ini publisiti murahan atau mengikut skrip ?

Featured Mon, 13 Jun 2022
Featured Mon, 26 Sep 2022
error: Content is protected !!