Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 7, 2024 @ 10:09am

SPRM Sita 11 Beg & Jam Tangan Mewah Milik Vivy Yusof, Fadza Bernilai RM200,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menggeledah kediaman milik pasangan suami isteri yang juga pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

Memetik laporan Harian Metro, dalam penggeledahan yang dilakukan kira-kira pada jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 8 malam itu, pihak SPRM telah menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah bernilai RM200,000.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.

“Pengeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pasangan berkenaan akan hadir ke  SPRM pada Khamis untuk memberi keterangan berhubung kes.

Difahamkan, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Mengulas lanjut, menerusi Op Favish, pihak SPRM juga telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat di bawah seliaan pasangan suami isteri berkenaan bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan.

Pembekuan itu susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap Vivy dan suaminya berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kerugian Pelaburan Dana Awam, Vivy Yusof & Fadza Anuar Letak Jawatan Dalam FashionValet – “Kami Bertanggungjawab Atas Kegagalan Ini”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Biarkan Orang Kata Apa Yang Mereka Mahu, Just Be Careful Of The Fitnah You Spread” – Vivy Yusof

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Mail juga kelihatan sering memuatnaik gambar mereka bersama dengan posing yang sangat manja dan mesra. Siapa gadis bertuah itu?

Trending Tue, 20 Aug 2019

Azizan Osman Tawar Diri Untuk Menaja Lebih 100 Warga Utusan?

Ramai simpati dengan nasib yang menimpa warga Utusan termasuk pakar motivasi, Azizan Osman.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Trending Mon, 16 Jun 2025

Le Nona Raih Jualan RM10 Juta, Bawa Sentuhan Elegan ke Rumah Rakyat Malaysia

Le Nona mengadakan Promosi Istimewa 2 Hari pada 16 dan 17 Jun 2025. Saksikan secara eksklusif di TV3, jam 1 petang, dan rebut tawaran menarik ini!

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

MYTEEN Announces Sudden Disbandment

Shocking! Wig! Disintegrated! What?!

Trending Sat, 9 Oct 2021
Hiburan Wed, 12 Mar 2025

Aktif Lahirkan Usahawan Baharu, Zamshuri Ramli Rindukan Dunia Lakonan

Kini aktif dalam bidang perniagaan, Datuk Zamshuri Ramli rindukan lakonan.

error: Content is protected !!