Categories: Trending

Semua Aktiviti Di Surau Dan Masjid Ditangguh Bermula Hari Ini

Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan berisiko Covid-19 di Kedah ditangguhkan bermula hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, masjid dan surau itu membabitkan tujuh daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling, Yan, Kubang Pasu dan Padang Terap.

Seluruh operasi surau diarahkan tutup!

Tambahnya, Penangguhan aktiviti di masjid dan surau itu membabitkan satu masjid di daerah Kota Setar, Kuala Muda (30), Kulim (6), Baling (6), Yan (3) Kubang Pasu (6) dan Padang Terap (3), selain beberapa surau dari kawasan terjejas di setiap daerah tersebut. Keseluruhan operasi surau di kariah yang terlibat, adalah diarahkan ditutup.

Manakala, aktiviti Solat Jumaat di masjid -masjid terbabit ditangguhkan dan digantikan dengan solat fardhu sahaja.

Majlis ilmu seperti kuliah, kelas pengajian, majlis bacaan Yasin dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah juga tidak dibenarkan.

Solat fardhu dengan bilangan jemaah tertentu sahaja

Bagaimanapun, solat fardu berjemaah di masjid-masjid terbabit dibenarkan, dengan bilangan jemaah maksimum seramai tiga orang membabitkan imam, pegawai masjid atau jawatankuasa kariah, dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Anak kariah bagi masjid-masjid yang terbabit hendaklah menggantikan solat Jumaat dengan menunaikan solat Zuhur di rumah, dan menunaikan solat-solat fardu yang lain di rumah masing-masing,” 

Solat jenazah dan pengurusan jenazah di masjid dan surau terbabit juga tidak dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan di rumah, dengan hanya membabitkan kehadiran pegawai masjid dan ahli keluarga terdekat.

Dan, arahan ini adalah berkuatkuasa sehingga arahan rasmi dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Salma Syahbuddin