Categories: Trending

Semua Taska Dibenarkan Beroperasi, Perlu Patuh SOP

Umum mengetahui, sepanjang PKPB timbul beberapa isu melibatkan ibu bapa yang bekerja, yang mempunyai anak kecil terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana perlu menjaga anak di rumah.

Namun, dalam sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail memaklumkan bahawa semua taska dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Sebanyak 6,606 taska dibenarkan beroperasi

Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan Dato Seri Ismail Sabri berkata sebelum ini, daripada 7,000 hanya 304 sahaja taska beroperasi.

Namun hari ini sebanyak 6,606 taska dibenarkan kembali beroperasi seperti biasa.

SOP untuk taska boleh dirujuk melalui laman web KWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info lanjut.

Dengan pembukaan taska ini, pastinya ibu bapa boleh menarik sedikit nafas lega kan?

Untuk info lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”