Categories: Trending

Sentuhan Datuk Siti Nurhaliza, MUA lain tak boleh cari makan!

Belumpun reda kehangatan konsert Karya Agung Pak Ngah Di Esplanade, Singapura, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila sekeping gambar bersama seorang gadis ala-ala puteri salju dimuat naik lengkap dengan kapsyen:

“Hari ini saya menggalas tanggungjawab menata rias puteri Dato Sri Dr Zul..Farah dah macam anak sendiri, sebab tu saya sambut permintaan untuk merias beliau di hari pertunangannya ..nervous saya tau..hehehe “

Foto yang dimuat naik oleh Siti menerusi akaun Instagram peribadinya, @ctdk bukan saha ja dihujani pelbagai pujian bahkan mendapat 148, 487 tanda suka.

Netizen, peminat, rakan artis, MUA (makeup artists), pereka fesyen dan rakan wartawan, rata-rata melahirkan rasa teruja melihat hasil sentuhan Siti.

Masakan tidak, wajah gadis bernama Farah Nawalz yang dirias Siti berubah sama sekali selepas disolek!

Foto: Siti Nurhaliza Instagram

Antara selebriti yang memberikan komen adalah Izara Aishah, Siti Sarah Raissuddin, Nurul Depp dan Fara Fauzana.

“Icha pun nak buat booking makeup la mak iti…”

Manakala Siti Sarah Raissuddin pula meninggalkan komen; “Buat untuk show tak? @epie_temerloh sorry ku dah jumpa make up baru “

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi Nurul Depp berseloroh: “Habis dah semua make up artis takleh cari makan. Habislah kak @nurulshukor_official”

Sahabat baik Siti iaitu bekas penyampai Hot FM, Fara Fauzana, pula mengusik: “ok legaaaanyaaaaa…kawin nanti confirm abang ada… @ctdk #savebudget

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Kebolehan Siti menata rias turut menjadi perhatian MUA tempatan, antaranya Datuk Alha Alfa yang memuji Siti hebat.

Sementara seorang lagi jurusolek selebriti terkenal, Deq Sha, meninggalkan komen: “Habis lah lepas ni semua job dia pulun”

Begitu juga Sheila Mohamad: “Nak book makeup boleh ka nie???”

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penulis pasti ramai yang makan hati dengan Farah. Apapun bertuahnya dia kerana mendapat hasil sentuhan penyanyi tersohor nombor satu negara.

Respect! juga buat Siti, walaupun beliau seorang diva dan berstatus datuk namun statusnya tidak menjadi penghalang untuk beliau menjaga hubungan persahabatan yang terjalin.

 

 

 

Yanie Baharom