Categories: Trending

Siap Ada Timun & Cili, Ais Krim Perisa Asam Laksa Ini Memang Rare!

Ais krim asam laksa? Biar betul? Ya, ais krim perisa asam laksa ini memang wujud di Kota Kinabalu, Sabah! Idea kreatif dan pelik ini diilhamkan oleh tiga usahawan muda iaitu Yapp Khin Enn, Yapp Shin Enn, dan Jude Limus. 

Jangan tak percaya ais krim asam laksa ini laris jualannya! Bukan perasa itu sahaja, mereka juga ada menghasilkan perisa yang lain seperti daging salai dan kuning telur masin.

“Idea tersebut datang sewaktu saya belajar di Australia. Banyak makanan yang saya mahu makan tapi ianya terlalu mahal, jadi saya buat eksperimen sendiri dan hasilkan makanan sendiri.

“Apabila kembali ke Malaysia, cuaca sangat panas, jadi saya cuba mengubah semua idea itu menjadi makanan sejuk,” jelas Yapp Khin Enn.

Jenama keluaran mereka iaitu Pops and Pints itu juga turut memperkenalkan perisa unik lain seperti mangga bersama raspberi yang dicampur dengan santan dan ais krim perisa wasabi.

Menurut Shin, dia amat seronok melihat reaksi daripada pelanggan yang menikmati keunikan ais krim tersebut, ada yang ragu-ragu, namun mereka tetap menerima respon positif daripada pelanggannya.

Kalau anda nak tahu, ais krim asam laksa tersebut siap ada timun dan cili. Agaknya, anda teringin tak nak cuba?

Sumber: Popsandpintsofficial , NST

tex_admin