Trending By: Ad Ops July 25, 2018 @ 4:22am

“Siapa Biasa Dengan Industri Fesyen Akan Lebih Faham” – Safiey

Safiey Ilias dilihat hadir ke Majlis Pelancaran produk kecantikan di sebuah hotel terkemuka, Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel beberapa hiaari yang lepas. Namun, apa yang menarik perhatian ialah penampilan usahawan kosmetik itu ketika hadir pada malam acara tersebut mendapat kecaman pana dari netizen.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 24, menjelaskan dia berpakaian seperti wanita hanyalah mengikut kehendak fesyen, malah siapa yang biasa dengan industri fesyen akan lebih faham tindakannya.apa hariya

“Siapa yang biasa dengan industri fesyen akan lebih faham. Saya juga dapat membantu industri fesyen tempatan untuk terus berkembang, selain memberi peluang kepada lebih ramai pereka berkarya dengan kreatif setanding pereka antarabangsa.

 “Malah, saya bakal bekerjasama dengan beberapa pereka (fesyen) tanah air, sekali gus menyumbang kepada (bayaran) zakat dan cukai serta membantu ekonomi negara.” Katanya 

Tidak dinafikan fesyen itu adalah sesuatu yang subjektif. Tetapi, sebagai seorang yang pernah berhijrah daripada seorang lelaki dan kemudian mengubah semula penampilan menjadi seorang wanita adalah sangat dikesali dan itu adalah sesuatu yang amat menjengkelkan bagi semua rakyat  Malaysia.

“Bagi saya, setiap manusia ada proses kehidupan sendiri. Ini dugaan saya dan akan terus berdoa semoga hidayah itu dipermudahkan.

“Tidak sesekali saya menyuruh mereka menjadi seperti saya. Kita lihat daripada aspek yang lebih mendalam iaitu kejayaan saya di usia muda dengan menyelami aspek positif. Contohi mana yang baik dan yang buruk itu dijadikan sebagai pedoman.” Katanya.

 

Apapun, kami mengharapkan yang terbaik buat Safiey Ilias.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Mon, 22 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Norman & Hazreen Tersingkir, Ada Pasangan Luah Perasaan? Jom Recap Episod 4!

Episod keempat Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan persaingan antara enam pasangan. Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Ziana […]

Hiburan Wed, 10 Jul 2024