Categories: Trending

Simpati dengan Arwah Bella, Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah & Hulurkan Sumbangan Buat Ahli Keluarga

Pendakwah terkenal, Ebit Lew meminta agar ahli keluarga Allahyarhamah Mila Sharmila Samsusah, atau Bella berlapang dada menerima takdir Allah itu.

Walaupun ia sukar kerana amat menyayangi Bella, Ebit Lew berharap agar mereka bersabar serta redha dengan pemergian ibu tunggal itu.

Dalam pada itu, Ebit Lew yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku dilihat memberikan sumbangan kepada keluarga Bella.

“Kehadiran saya ke sini (Johor Bahru) adalah untuk menziarahi keluarga Bella bagi memberi sedikit sumbangan dan semangat, Nabi bersabda sesiapa yang ditimpa musibah ALLAH akan beri kebaikan sama banyak.

“Mudah mudahan ALLAH memberi kesabaran, rahmat dan kebaikan mencurah-curah kepada keluarga ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut mengimamkan solat jenazah Bellah di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.

“Ya, saya imamkan solat jenazah di dalam tadi, nanti di Masjid di Batu Pahat, ada solat jenazah lagi sekali,” katanya.

Menurut Sinar Harian, rangka mayat Bella ditemukan di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, Batu Pahat pada 19 Januari lalu.

Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang Jaya, Batu Pahat pada Rabu.

Teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Rabu atas pertuduhan menyebabkan kematian Bella pada penghujung Disember lalu.

Sumber : Sinar Harian

Syamir Shafie