“Kau Memang Si*l” – Zarina Zainuddin Bengang Didakwa Sengaja Tarik Perhatian Ramai Apabila Menangis Dalam ‘Live’ Selepas Ayah Meninggal Dunia

Umum mengetahui pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin baru sahaja kehilangan ayah tercinta, Allahyarham Zainuddin Ibrahim disebabkan kanser prostat.

Terbaharu, Zarina memuat naik sebuah rakaman video dipercayai sesi rakaman siaran langsung yang dibuatnya di Instagram (IG).

Dalam video berdurasi lebih 15 minit itu, Zarina berkongi kenangan bersama arwah ayahnya.

Menurut Zarina, kali terakhir dia bertemu dengan ayahnya itu pada minggu lalu ketika keadaanya semakin merosot apabila tidak lagi mampu bercakap.

Malah, Zarina juga memaklumkan dia ada merancang untuk membawa ayahnya untuk tinggal bersama namun ayahnya tidak mahu.

Dalam keadaan sebak, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut membuat pesanan kepada semua agar menghargai kedua ibu bapa sekiranya mereka masih ada.

Namun di hujung video tersebut, Zarina dilihat kurang selesa apabila ada individu yang mendakwa tindakannya menangis di media sosial itu hanyalah untuk meraih perhatian semata-mata.

Tidak berdiam diri, Zarina tampil menyelar dakwaan jahat yang dilemparkan netizen tersebut dengan menggunakan kata-kata kurang manis.

“Bongok orang ni, bodoh nak mampus, tak ada perasaan, kau pergi mampus.

“Kau memang sial, kan kena bahasa aku yang kasar ni. Sebab aku tak suka cakap benda yang kasar tapi kau memang celaka.

“Sejenis celaka, bodoh nak mampus, pergi berambus dalam hidup aku. Kurang ajar!

“Aku kongsi supaya jadi satu pedoman dan peringatan buat yang masih ada ibu bapa. Yang komen begitu pergi mampus, kurang ajar.

“Saya cerita berdasarkan pengalaman saya, bukan saja nak cari perhatian. Kau rasa kau hebat, pergi mampus dengan hidup kau,” selar Zarina.

Namun di ruangan kapsyen, Zarina turut memohon maaf kerana menggunakan bahasa kasar dalam siaran langsung tersebut.

“Saya bukan minta perhatian saya nak share agar korang pun dapat jadikan iktibar buat semua.

“Ayah saya dah tak ada .. maafkan saya jika mulut saya lancang… saya tak suka orang yang suka mengata orang ni,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Jadi Pinggang Kerengga” –  Zarina Zainuddin Teruja Dah Kurus, Mampu Sarung Baju Lama Kembali

Khairil Khusyairi