Categories: Trending

Siti Aafiyah Penyejuk Hati, Anugerah Terindah Buat Siti Nurhaliza Dan Suami

Seperti yang dijanjikan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami akhirnya berkongsi wajah anak pertamanya selepas genap 7 hari dilahirkan melalui perkongsian klip video di Instagramnya. Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali Tok Ti turut melahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu pada Isnin lalu.

Hasil perkongsian klip video tersebut, Instagram milik Tok Ti juga dibanjiri pujian daripada peminat-peminatnya tentang kecomelan wajah anaknya. Anda dah tengok tak? Comel kan? 

“Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi… Anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” luah Siti pada status Instagramnya.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Dalam pada masa yang sama Tok Ti juga telah mengadakan majlis Maulid Nabi, tahnik dan aqiqah di kediamannya pada Ahad. Melalui majlis tersebut Tok Ti telah mengumumkan nama puteri kesayangannya bersama suami Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa; Siti Aafiyah, itulah nama yang dipilih yang membawa maksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Pemilihan nama yang cukup indah!

“Nama ini saya dapat ketika menunaikan umrah. Saya dapati nama itu sering disebut dalam doa dan maknanya adalah yang baik-baik saja,” katanya pada pada majlis Maulid Nabi, aqiqah dan tahnik di kediamannya di Bukit Antarabangsa.

Tok Ti juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka selama ini terutama sekali sepanjang proses kehamilan dan bersalin Siti Aafiyah. Kami kongsikan gambar comel Siti Aafiyah khas untuk anda!

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Jelas terpancar wajah kegembiraan Tok Ti dan Datuk Khalid bersama Siti Aafiyah kan! Kami mendoakan agar kebahagiaan ini terus berkekalan dan Siti Aafiyah menjadi anak yang bijak dan solehah. 

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza, Berita Harian

tex_admin