Categories: Trending

SOP Rentas Daerah Kini Dilonggarkan, 3 Jenis Rentas Daerah Yang Dibenarkan

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP  rentas daerah kini dilonggarkan untuk merancakkan aktiviti pelancangon. 

Jenis pergerakan rentas daerah yang dibenarkan

Antara jenis pergerakan yang dibenarkan adalah rentas daerah dalam negeri zon hijau  tanpa perlu mendapat kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

” pergerakan rentas negeri antara negeri hijau melalui negeri merah yang dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM.

” pergerakan rentas daerah/negeri dari negeri hijau ke daerah hijau di negeri merah dengan pergerakan ini dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM,” katanya pada sidang medianya di Putrajaya. 

Ismail Sabri berkata, kelonggaran gelembung perjalanan domestik ini akan menggunakan aplikasi My Sejahtera bagi menentukan seseorang itu datang dari zon hijau.

“SOP terperinci akan diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam masa terdekat,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”