Categories: Trending

Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mohon diberi ruang selepas mendapat berita suaminya, Aliff Aziz ‘kantoi’ berkhalwat dengan seorang pelakon wanita, tengah malam tadi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Melodi, Bella enggan membuka mulut namun, adiknya, Didi Astillah tampil mewakilinya untuk memberikan kenyataan.

”Bagi pihak kakak saya, saya taknak bagi apa-apa kenyataan tentang benda tu. Kalau boleh minta bagi ruang pada kakak saya. Mungkin benda ini masih mengejutkan lagi,” katanya.

Terdahulu, Aliff  didakwa ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah milik perempuan itu.

Lebih menguatkan dakwaan, Bella turut dikhabarkan tiba di sebuah Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya

Fatin Nurain