Categories: Trending

3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas menunggu penyanyi Aliff Aziz untuk membuka pintu ketika serbuan berlaku di sebuah kondominium mewah.

Memetik laporan Harian Metro, Aliff akur membuka pintu selepas pihak bomba mahu memecahkan pintu kediaman milik pelakon wanita itu sekitanya enggan memberikan kerjasama.

Difahamkan pihak jawi tiba dengan dua van dalam operasi yang berjalan sejak jam 10.30 itu.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat jawi dengan sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, Aliff dikhabarkan telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita.

Malah, isterinya, Bella Astillah yang tiba di Pejabat Agama Islam seawal 2.40 pagi itu enggan memberikan sebarang kenyataan dan memohon ruang.

 

Fatin Nurain