Categories: Trending

Pernah Dakwa Sophia Albarakbah Perosak Industri, Netizen Sifatkan Kata-Kata Ruhainies Makan Diri Sendiri

Sejak semalam, kontroversi tentang pelakon Aliff Aziz ditangkap basah bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium heboh jadi bualan dalam kalangan warganet.

Bukan itu sahaja, tular sebuah foto rakaman cctv yang memaparkan kelibat Aliff bersama pelakon Ruhainies di kediaman tersebut.

Kurang senang dengan tindakan pasangan terbabit, sesetengah netizen mengungkit kembali kenyataan Ruhainies yang pernah melabel aktres Sophia Abarakbah sebagai perosak industri hiburan tanah air.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian Sophia, rata-rata netizen menganggap ungkapan Ruhainies itu telah memakan dirinya sendiri.

Sophia turut membalas komen berkenaan seolah lega dirinya kini terlepas dengan kontroversi lalu

“Alhamdulilah, god is great,” tulisnya

Lebih teruk lagi, Ruhainies dikatakan telah ditangkap basah bersama suami kawan baiknya, Bella Astillah.

Sebelum ini, Aliff juga pernah dikaitkan dengan isu curang bersama Sophia ketika menjalani penggambaran drama TV, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, tahun lalu.

 

Fatin Nurain