Categories: Trending

Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip Meninggal Dunia, Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Rakam Ucapan Takziah

Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip  dilaporkan meninggal dunia di Istana Windsor, pada usia 99 tahun.

Perkara itu dimaklumkan terus menerusi muat naik di Twitter The Royal Family sekitar jam 7 malam waktu tempatan.

Malah, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempat merakamkan takziah atas pemergian Putera Philip, Duke of Edinburgh.

Dalam ucapan yang dikongsikan menerusi muat naik di Facebook Istana Negara, baginda berdua menyifatkan segala pengorbanan dan sumbangan mendiang kepada Malaysia akan terus dikenang.

“Mendiang akan dikenang oleh baginda berdua, kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan berterusan kepada Ratu Elizabeth II, sokongan berterusan kepada Komanwel, yang mana Malaysia berbangga sebagai anggotanya selain usaha mendiang dalam mengukuhkan hubungan United Kingdom dan Malaysia,”

Justeru itu, United Kingdom mengumumkan tempoh berkabung selama lapan hari berikutan kematian Putera Philip akan dilaksanakan berkuatkuasa Jumaat.

Malah, selepas tempoh lapan hari tersebut, tempoh rasmi perkabungan DiRaja dijangka berterusan selama 30 hari.

Dalam tempoh perkabungan ini, tugas-tugas Istana Buckingham tidak akan dijalankan dan Parlimen tidak akan mendapat kelulusan undang-undang Ratu Elizabeth II.

 

Sumber : Twitter, Facebook

Salma Syahbuddin