Categories: Trending

“Sufian Suhaimi Sudah Berpunya?” – Usikan Neelofa Buat Netizen Berteka Teki

Biarpun terdapat beberapa dakwaan sudah mempunyai kekasih hati, penyanyi, Sufian Suhaimi masih belum membuka mulut tentang dakwaan tersebut.

Pemilik lagu popular, Dimatamu itu tidak terlepas dari kisah cintanya walaupun sudah menginjak usia ke 30 tahun.

Namun, terbaharu tular satu video dimana gelagat usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang sempat mengusik Sufian Suhaimi dalam satu sesi siarang langsung Instagram.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, ia merakamkan gelagat Neelofa yang mengusik Sufian ketika sedang melakukan penggambaran.

“Pian dah ada orang yang punya.

“Bermula dengan huruf…” usik Neelofa.

@fb_innai_nunhanakal Tau sis lofa kita ni 😂♬ original sound – stokis innai nunha

Lantas memunculkan diri dalam sesi siaran langsung tersebut, Sufian menafikan perkara tersebut dengan hanya tersenyum malu.

Rakaman yang berdurasi 31 saat itu, mendapat perhatian warganet yang dilihat terhibur dengan gelagat usikan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan Neelofa terhadap Sufian malah ada juga yang bertanya siapakah gerangan kekasih hati Sufian.

Sumber: stookisinnainunhaBiarpun terdapat beberapa dakwaan sudah mempunyai kekasih hati, penyanyi, Sufian Suhaimi masih belum membuka mulut tentang dakwaan tersebut.

Pemilik lagu popular, Dimatamu itu tidak terlepas dari kisah cintanya walaupun sudah menginjak usia ke 30 tahun.

Namun, terbaharu tular satu video dimana gelagat usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang sempat mengusik Sufian Suhaimi dalam satu sesi siarang langsung Instagram.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok, ia merakamkan gelagat Neelofa yang mengusik Sufian ketika sedang melakukan penggambaran.

“Pian dah ada orang yang punya.

“Bermula dengan huruf…” usik Neelofa.

Lantas memunculkan diri dalam sesi siaran langsung tersebut, Sufian menafikan perkara tersebut dengan hanya tersenyum malu.

Rakaman yang berdurasi 31 saat itu, mendapat perhatian warganet yang dilihat terhibur dengan gelagat usikan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan Neelofa terhadap Sufian malah ada juga yang bertanya siapakah gerangan kekasih hati Sufian.

Sumber: stookisinnainunha

Khairil Khusyairi