[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Seorang yang sangat lemah lembut dan penuh sopan santun, itulah antara kepribadian yang netizen sering gambarkan apabila sebut mengenai pelakon jelita, Raysha Rizrose.

Selepas kemunculannya yang hebat dalam drama terbitan TV3 Bisik Bisik Gelora bergandingan bersama Redza Rosli, nama aktres ini sering menjadi sebutan ramai.

Terbaru, sebuah video memaparkan aksi mesra Raysha bersama kekasihnya, pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri telah mencuri perhatian netizen yang teruja melihat pasangan bahagia ini tampak manis bersama.

Video berdurasi 53 saat itu memperlihatkan Rasya sedang menjelaskan mengenai cara penggunaan ayat ‘verb’ iaitu kata kerja dalam Bahasa Inggeris.

Rata-rata netizen teruja melihat video yang dikongsikan oleh Nabil itu kerana menurut mereka, Rasya kurang aktif di media sosial.

Ada juga segelintir daripada mereka yang mengagumi aktiviti pasangan sejoli ini yang saling membantu antara sama lain dalam memperbaiki kekurangan mereka.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 680,000 tontonan, lebih 32,000 tanda suka dan 117 komen.

Aqilah Paharuzi