Categories: Trending

Suspek Warga Nigeria Direman, Tapi Apa Motif Sebenar Pembunuhan Siti Kharina?

Seorang suspek lelaki warga Nigeria telah ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan  Siti Kharina Mohd Kamaruddin yang ditemui mati dalam keadaan tragik dan tidak berpakaian bersama kesan calar di leher, kepala dan dada mangsa.

Menurut Harian Metro, perintah reman dikeluarkan Majistret A Akhiruddin@Boy Acho di Mahkamah Majistret Sepang, pagi ini. Suspek utama berusia 30-an itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang jam 11.12 pagi sambil dikawal oleh anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Semalam, dua individu masing-masing lelaki Pakistan dan wanita Nigeria berusia 38 dan 35 tahun turut ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes sama. Kedua-dua mereka ditahan awal pagi semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Pihak polis turut memburu seorang lagi suspek bernama, Aliwajuwon Gilbertalowonle warga Nigeria, dipercayai memasuki Malaysia pada awal Januari lalu. 

Siti Kharina Mohd Kamaruddin, 40 tahun merupakan seorang ketua jururawat di Hospital Serdang. Kehilangannya disedari apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan serumahnya. Wanita itu dilaporkan hilang pada 8 Mei yang lalu sebelum mayatnya ditemui di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Pihak polis percaya bahawa Siti Kharina telah dibunuh empat atau lima hari lepas di rumah sewanya, manakala motif kejadian masih dalam siasatan. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”