Categories: Trending

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik

Sebuah syarikat pengilang makanan yang mempunyai variasi produk berasaskan mi ditahan semalam, 26 Januari 2018 selepas mengaku bersalah menjual laksa yang mengandungi bahan pengawet terlarang yang boleh menyebabkan penyakit kanser jika dimakan secara berterusan.

Menurut laporan media, syarikat tersebut telah didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menjual laksa berjenama ‘Laksa Pendek’ yang didapati menggunakan asid benzoik yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Majistret Zuhair Rosli juga turut memerintahkan untuk menyita harta syarikat EHH Food Industry bernilai RM10,000 jika syarikat itu gagal membayar denda yang diperintahkan pihak mahkamah.

Pertuduhan dikemukakan oleh pegawai pendakwa daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kepong, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Arsyad Mohd. Jaafar mengikut Seksyen 13B (1) dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum selama lima tahun.

Penyelia Operasi, Ching Hai ketika membuat rayuan memohon agar hanya dikenakan denda minimum namun rayuannya itu dibantah kerana menggunakan pengawet terlarang didalam makanan yang boleh menyebabkan serangan asma, alahan, radang hidung dan kanser itu sama sekali tidak boleh diterima.

Pegawai Pendakwa Kesihatan, Rosli Arsyad berkata, asid benzoik adalah bahan pengawet yang tidak dibenarkan dan boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.
Sumber : Berita Harian

SGMS Enal