Trending By: SGMS Faida October 27, 2018 @ 12:07pm

‘Tak Apa, Muntah Je…’, Gambar Abang Bomba Pangku Si Comel Curi Tumpuan Netizen

‘ Besar sungguh pengorbanan abang bomba ni, terbaik bossku’, demikian antara komen-komen yang ditinggalkan di laman Facebook yang memperlihatkan seorang anggota bomba yang memangku kanak-kanak.

Gambar anggota bomba yang merelakan seorang kanak-kanak muntah di pangkuannya mula viral sejak malam tadi.

Turut dimuat turun bersama gambar itu kapsyen perbualan yang menyebabkan netizen rasa tersentuh sekali gus melahirkan rasa bangga terhadap pekerjaan tugas anggota bomba.

Gambar tersebut dipercayai dirakam seorang individu dikenali sebagai Efi turut menulis kapsyen, ‘Dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, sebuah kisah benar dalam jentera perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan (EMRS) jam 1 pagi tadi. Kebakaran yang membabitkan tujuh mangsa’.

Kapsyen berkenaan turut diselitkan dengan dialog antara mangsa kanak-kanak dan anggota bomba terbabit apabila kanak-kanak itu mahu muntah.

“Adik: nak muntah. Abam Bomba: Tak apa, muntah je. Sambil tu habis baju api beliau dipenuhi dengan muntah adik tu,” tulis pemilik akaun, Muhd Azul yang memuat naik status tersebut yang kemudian tular di Facebook.

Status bergambar dimuat naik yang turut memaparkan reaksi wajah anggota bomba tersenyum itu turut menerima pujian netizen. Terbaiklah! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Sep 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Tue, 12 Mar 2024
Trending Tue, 2 Mar 2021
Trending Tue, 19 Mar 2019
Trending Fri, 26 Jul 2019

Kena ‘Reject’ Bekas Isteri, Lelaki Ini Cari Pemutar Skru Untuk…

Mangsa berkahwin dengan suspek pada November 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun sebelum bercerai pada Julai 2017 di Mahkamah Syariah Besut

Featured Sat, 22 Oct 2022

[VIDEO] Peminat Teruja Puteri Balqis Akhirnya Buka Ruangan Komen, Ambil Peluang Kongsi Kata Semangat!

Terharunya min baca komen-komen peminat Aqishhh ❤️❤️❤️ Betullah Aqish jarang buka komen, bila ada peluang tu apa lagi kannn hehe sweet je semuaa!