Categories: Trending

Tak Sampai 5 Minit Berkahwin, Pengantin Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri

Pasangan pengantin baru yang baru berkahwin telah ‘dipisah’ buat selamanya dalam sebuah kemalangan di Texas.

Pasangan ini telah terbunuh dalam kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta dan trak tunda ketika mereka dalam perjalanan menuju ke upacara perkahwinan (majlis).

Mereka yang masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu dikatakan telah bercinta sejak dari kecil.

Lebih menyedihkan apabila insiden tragis itu disaksikan sendiri oleh ahli keluarga mangsa yang memandu dibelakang kereta pengantin tadi.

Kereta yang dipandu mangsa itu dihentam kuat oleh sebuah trak yang menunda sebuah treler dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas.

Ahli keluarga bergegas menuju kereta mangsa untuk membantu namun sudah terlambat, kedua mereka disahkan maut di tempat kejadian.

Detektif menjelaskan bahawa pemandu trak itu tidak terlihat menunjukan sebarang reaksi bersalah tetapi tetap memberi kerjasama kepada polis.

Ibu pengantin perempuan sebak kerana dia berada di dalam kereta di belakang pasangan tersebut berkata:

“Mereka berkahwin belum sampai lima minit.”

Sumber: Gulf News

SGMS Enal