Categories: Trending

Tak Tahan Asyik Disindir, Lelaki Ini Tikam Rakan Sekerja!

Gara- gara tak tahan kerana sering disindir rakan sekerja, lelaki ini telah menikam seorang wanita berusia 57 tahun.

Kejadian ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Azizan Tukiman di mana mangsa yang dikenali sebagai Zaimah Mahmod maut akibat dicekik dan ditikam.

Walau bagaimanapun, suspek telah menyerah diri di Balai Polis Banting selepas mengaku membunuh mangsa gara-gara berdendam kerana sering disindir.

” Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada hubungan cinta dengan seorang kakitangan di tempat kerja sama.

” Kerana tidak tahan kerana selalu disindir menyebabkan mangsa dibunuh,” katanya.

Dalam masa sama, suspek dilaporkan mempunyai rekod dan menjalani rawatan akibat masalah tekanan di Hospital Banting.

Difahamkan kejadian berlaku di stor pejabat pentadbiran Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting.

Siasatan awal mendapati hanya suspek dan mangsa yang berada di tempat kejadian.

Pasukan forensik telah dipanggil untuk membuat siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pengajarannya, hati-hati sebelum berkata okay? Sentiasa ingat, ‘Kerana Mulut, Badan Binasa’, oleh itu fikir dulu sebelum bercakap…

SGMS Faida