Categories: Trending

Bintang Porno Bekas Skandal Trump Ditahan

Bintang filem lucah, Stormy atau Stephanie Clifford yang mendakwa pernah mengadakan hubungan sulit dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ditahan di sebuah kelab di Ohio pada Rabu.

Ia berikutan tindakannya yang membiarkan pelanggan menyentuhnya ketika mengadakan pertunjukkan di sebuah kelab.

Menurut pihak polis, Stormy didakwa membenarkan pegawai polis yang menyamar untuk meletakkan muka di bahagian payu daranya yang terdedah.

Beliau kemudian membenarkan pegawai berkenaan dan beberapa pelanggan berbuat demikian.

Undang-undang Ohio yang dikenali sebagai akta pertahanan komuniti melarang sesiapa yang bukan ahli keluarga menyentuh seorang penari bogel.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan US$6,000 pada Khamis.

SGMS Faida