Categories: FeaturedTrending

Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai Penasihat Khas kesihatan awam PM

Pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri dalam bidang kesihatan awam.

Surat pelantikan Dr Jemilah diserahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Kredit gambar: Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyampaikan ucapan tahniah menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, petang Selasa.

“Pelantikan Dr Jemilah adalah tepat pada masanya. Saya percaya kita boleh membawa perubahan besar kepada penjagaan kesihatan di Malaysia,” katanya.

Kredit gambar: Malaysiakini

Dr Jemilah, 60, adalah pemenang ASEAN Prize 2019 dan menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah yang mula diperkenalkan pada 2018 itu.

Beliau memperoleh Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1986 diikuti Ijazah Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi daripada universiti yang sama pada tahun 1992.

Kredit gambar: ISA Award

Pada tahun 1999, doktor perubatan yang sangat akti fdalam bidang kesihatan awam itu menubuhkan MERCY Malaysia dan menjadi presidennya daripada tahun 1999 hingga 2009.

Pada tahun 2008, beliau dilantik antara 16 ahli kumpulan yang menjadi pesihat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon.

Kredit gambar: Wawasan Open University

Kepakarannya dalam bidang kesihatan awam menyebabkan beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland sejak 2016.

Ad Ops