Categories: Trending

[VIDEO] “Kena Heret, Cekik Dan Genggam Tangan Sampai Lebam” Betul Ke Tuju K-Clique Kaki Pukul?

Netizen sifatkan Tuju sebagai ‘sampah’!

Mungkin ramai yang terkejut dengan pengakuan kekasih hati kepada ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju apabila Loca B membuat pendedahan menerusi laman instagram stories miliknya dengan menunjukkan kecederaan yang dialaminya terutamanya di bahagian tangan beliau akibat perbuatan Tuju.

 

Ternyata perkongsian dari Loca B ini mengejutkan rata-rata peminat beliau dan juga kumpulan K-Clique.

“Aku diam. Aku senyum. Aku sayang. Bergelut melayan kerenah kau memaki dan merendahkan aku tiap kali kau hilang akal pemikiran tidak betul.

“Walau macam mana buruk aku dia tetap terima aku. Walau macam mana jahat aku dia orang yang sentiasa belakang aku,” Tulis Loca menerusi muat naik instagram stories miliknya.

Namun, Loca B dilihat memadam semula posting tersebut beberapa minit selepas beliau memuat naik tentang perkara tersebut selepas ianya menjadi bualan hangat di twitter.

 

Bagaimanapun, Loca B nampaknya tampil mempertahankan Tuju selepas dilabel ‘kaki pukul’ oleh netizen. 

Sumber : Twitter

Apapun, diharap kontroversi antara Loca B dan Tuju dapat diselesaikan dengan cara baik. Al-maklumlah, kalau kita tengok kedua-duanya pun dilihat bahagia menerusi akaun instagram masing-masing bukan?

 

Salma Syahbuddin