Categories: Trending

“Jantung Terhenti Bila Dengar Ayah Dah Tak Ada”- Luahan Menyayat Hati Dan Pesanan Khairul Aming Saat Kematian Ayah

“Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”. (QS Ali Imran : 185)

Tiada siapa menyangka bila waktunya manusia akan berdepan dengan kematian dan sakaratul maut namun apabila Tuhan berkata Qun Fa Ya Kun maka jadilah ia. Benarlah hidup dan mati sama sekali bukan kita yang tentukan. 

Kehilangan orang tersayang sememangnya meninggalkan emosi dan kesan mendalam buat kita semua. Lebih lebih lagi saat kehilangan insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita iaitu kedua-dua ibu dan bapa. Peritnya perasaan dan rasa kehilangan itu seakan tidak mampu ditanggung. 

Semalam, seorang personaliti Instafemes yang terkenal dengan video masakannya di Instagram telah berkongsi kisah menyayat hati saat kehilangan ayah tersayang. Kisah itu diluahkan sendiri oleh  Khairul Aming di laman Twitternya. 

Hargailah ibu bapa anda, ini enam pesanan buat anda yang masih bertuah mempunyai mereka..

Menerusi bebenang di Twitter, Khairul Aming meluahkan perasaan sayu dan memberikan pesanan bermakna buat sesiapa yang masih mempunyai ayah.

Antara pesanan bermakna yang dikongsikan oleh Khairul Aming adalah belajar untuk menghargai setiap saat bersama ibu dan ayah, meskipun kita sudah meningkat dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri namun tanpa jasa ibu dan ayah tak mungkin kita mampu lahir di atas dunia ini. 

Sedikit perkongsian buat mereka yang tidak tahu bagaimana cara pengurusan jenazah yang betul, boleh layari laman web di sini. Di mana saja kita berada, hargailah waktu dan setiap detik bersama ibu dan ayah kerana mereka merupakan ‘nyawa’ buat kita. 

Takziah diucapkan buat Khairul Aming sekeluarga, semoga roh ayahnya tenang di sana..

Kredit: Twitter KhairulAming 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”