Categories: Trending

“Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal Kenapa Nampak Macam Photoshoot?” – Caprice Dedah Kena Block Dengan Ebit Lew Di Instagram

Penyanyi dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menggunakan platform Instagram Stories miliknya dan membuat beberapa dakwaan mengenai Ebit.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice hangat diperkatakan oleh warganet selepas dia memberitahu dirinya bakal mendedahkan satu perkara yang akan mengejutkan orang ramai pada 21 Julai ini.

Dalam pada itu, netizen turut mendakwa Caprice menyindir seseorang di laman sosial miliknya di ruangan kapsyen dan komen.

Warganet membuat spekulasi dan mendakwa penyanyi itu sedang menyindir Ebit di laman sosial miliknya.

Terdahulu, Caprice dan Ebit berangkat ke Gaza menjalankan misi kemanusiaan.

Padin