Categories: Trending

Tarikh Buka Semula Sekolah Akan Diumumkan Esok

Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diketahui esok.

Keputusan tersebut akan diberitahu oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya melalui mesyuarat antara Kementerian Pendidikan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin

“Pada petang ini, rasanya keputusan paling penting akan dicapai bersama KKM dan MKN, dan esok, andai kata diputuskan bila (tarikh pembukaan sekolah), kita mungkin dapat mengetahui bila sesi sekolah akan mula dibuka.

“Namun, sekolah hanya akan dibuka selepas dua minggu pengumuman (pembukaan) dibuat. Selagi tiada pengumuman, selagi itu tiada sekolah akan dibuka,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini.

Pada peringkat pertama, pembukaan semula sesi persekolahan akan diberi keutamaan kepada 347,177 murid yang bakal menduduki SPM, 2,935 (SVM), 2,738 (STAM) dan 45,596 (STPM).

Muslimin juga menjelaskan walaupun sekolah hanya dibuka kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 terlebih dahulu, namun semua tenaga pengajar di sesebuah sekolah perlu hadir ke sekolah seperti biasa.

Jelasnya,setiap guru akan menolong ketika proses pembelajaran dan pengajaran kerana setiap kelas hanya akan mempunyai antara 16 dan 20 murid sahaja.

“Setelah itu dilaksanakan, kami memerlukan lebih banyak guru untuk saling membantu. Kita perlu memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar,” katanya.

JPN dan PPD akan sentiasa memastikan pihak pentadbiran sekolah mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.Beliau juga memberi jaminan, hanya murid yang tidak bergejala akan dibenarkan ke sekolah.

“Sekiranya mereka menunjukkan gejala seperti selesema, mereka akan dinasihatkan pulang atau menjalani saringan di bilik kesihatan di sekolah yang akan disediakan,” katanya.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover