Categories: Trending

Tembakan Pengganas Di New Zealand, 49 Orang Terbunuh

Insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand yang melibatkan umat Islam di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood dipercayai mengorbankan seramai 49 0rang nyawa.

Insiden tembakan yang dicetuskan oleh seorang aktivis dipercayai warga Australian itu telah dirakam secara langsung oleh penembak tersebut di Masjid Al Noor.

Sumber: Daily Mail Online

4 orang penembak disyaki mencetuskan tembakan ini namun seorang penembak dikenali dengan nama Brenton Tarrant dipercayai suspek utama dalam kes ini.

Dalam suatu rakaman video, lelaki terbabit dilihat mengacukan tembakan kepada orang ramai yang sedang menunaikan solat di masjid, lelaki tersebut turut menembak mangsa yang cuba melarikan diri.

Sumber: Daily Mail Online

Suspek utama tersebut turut memuat naik 73 manifesto di laman Twitter miliknya mengenai motifnya di balik serangan tersebut.

Takziah buat mangsa tembakan di kota Christchurch, New Zealand. Semoga roh mangsa dicucuri rahmat.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”