Categories: Trending

Tempoh Moratorium Tamat Pada 30 September Ini, Elak Tunggu Saat Akhir Untuk….

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berucap menerusi sebuah perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di Facebook.

Selain daripada itu, beliau juga turut mengingatkan kepada peminjam yang mengambil moratium tentang tempoh moratorium yang bakal berakhir pada 30 September ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan peminjam bahawa tempoh moratorium ini akan berakhir pada 30 September 2020.

“Bagi mereka yang mungkin memerlukan kemudahan penyusunan dan penjadualan semula selepas 30 September, peminjam dinasihatkan untuk berbincang dengan institusi kewangan masing-masing.

“Demi kelangsungan aliran tunai, kalau boleh janganlah tunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbincang dengan institusi kewangan anda,” jelasnya.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan untuk tidak mengenakan sebarang cas tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan Syariah.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),”

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover