Sekolah Boleh Ubahsuai Keperluan Asalkan Patuh SOP

Ambil perhatian semua pihak sekolah dan guru.

Pihak pengurusan sekolah kini diberi kelonggaran untuk mengubahsuai tatacara pembukaan sekolah mengikut acuan masing-masing selagi mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Perkara tersebut diberitahu oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya bahawa pengubahsuaian tersebut dibenarkan kerana setiap sekolah mempunyai persekitaran dan jumlah pelajar yang berbeza.

“Contohnya, pintu masuk dan pintu keluar berbeza, sebab itu kita bagi peluang kepada sekolah dalam masa tiga hari ini Rabu, Khamis, Jumaat. Andai kata ada yang perlu diubah.

Muslimin berkata, apa yang perlu ditekankan pengurusan sekolah adalah keselamatan dan keselesaan pelajar dan kementeriannya yakin pihak sekolah mampu untuk mengikuti segala yang telah digariskan.

Selamat kembali ke sekolah besok!

Syafiqa Irdina