Categories: Trending

‘Tengok Muka Pun Dah Seram’- Ibu Tunggal Dera Dan Bunuh Anak Sampai Pecah Usus

Seorang ibu tunggal berdepan  hukuman mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan apabila didakwa membunuh anak kandungnya sendiri yang baru berusia 2 tahun. 

Didera sehingga usus pecah, kesan lebam serta gigitan pada badan anak 

Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan mengesyaki terdapat unsur penderaan berikutan kesan lebam serta gigitan pada tangan dan perut mangsa. Menurut Harian Metro, pihak polis percaya bahawa punca utama kanak-kanak terbabit meninggal dunia adalah disebabkan komplikasi pecah usus.

Sumber: Google

Suspek merupakan seorang pekerja kilang dan tinggal bersekedudukan bersama teman lelaki 

Suspek utama iaitu Nurul Shamira Mazlan, 22 tahun  bekerja sebagai operator di sebuah kilang. Susupek turut dikatakan tinggal bersekedudukan bersama teman lelakinya. Malah, menurut laporan, suspek pernah meninggalkan anaknya dalam jagaan teman lelaki ketika suspek bekerja. 

‘Kucing pun sayang anak’- Netizen luah rasa di Instagram

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan geram dengan  perkara itu. Malah, segelintir netizen turut memberikan komen apabila melihat wajah tertuduh yang agak ‘menyeramkan’. Ada segelintir netizen yang berpendapat bahawa suspek mungkin mengalami masalah tekanan hidup. 

 

Semoga keadilan dapat dituntut dan suspek dikenakan hukuman yang setimpal. Tindakan suspek yang mendera dan membunuh anaknya secara kejam merupakan satu tindakan di luar akal fikiran manusia. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”