Categories: Trending

[Terkini] 125 Lagi Kes Baru Dilaporkan Di Malaysia, Kes Baru Ada Kaitan Dengan Perhimpunan Tabligh

Kementerian Kesihatan merekodkan penambahan 125 kes baharu coronavirus (COVID-19) di negara ini, menjadikan keseluruhan kes positif wabak itu kepada 553 sehingga kini.

Menerusi Twitter rasmi KKM Putrajaya, sebanyak 95 daripada 123 kes baharu itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Seri petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. 

Daripada keseluruhan 553 kes, 511 masih dirawat termasuk 12 di unit rawatan rapi (ICU) manakala 42 lagi pesakit sudah sembuh.

Jangan lupa untuk mempraktikkan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan betul, elakkan daripada melakukan aktiviti luar buat sementara waktu. Jaga kebersihan diri agar kita semua dapat memerangi penularan ini.  Semoga kita semua selamat daripada penularan pendemik ini. Sama-sama kita doakan!

Sumber: Twitter KKM Putrajaya

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”