Categories: Sihat

Telapak tangan gatal, bukan nak dapat atau keluar duit, tapi ini faktornya

Mengikut kepercayaan orang lama, gatal telapak tangan kanan bermaksud seseorang itu akan mendapat rezeki atau menerima wang. Jika gatal telapak tangan kiri pula bermaksud wang akan keluar. Betul dan boleh percaya ke?

Kredit gambar: HonestDocs

Bagaimanapun jika dilihat dari sudut kesihatan, gatal telapak tangan boleh disebabkan beberapa faktor dan bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti berasa kurang selesa dengan keadaan itu.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu gatal telapak tangan.

1. Ekzema – Ekzema adalah penyakit kulit yang boleh terjadi di seluruh bahagian kulit. Ekzema yang menyebabkan telapak tangan gatal dikenali sebagai dermatitis dyshidrosis. Selain rasa gatal, ekzema boleh menyebabkan gejala seperti melecet, ruam merah, kulit pecah dan bersisik.

Kredit gambar: PTSS

2. Kudis – Kudis juga boleh menyebabkan gatal telapak tangan atau kulit kaki. Faktor ini berlaku disebabkan oleh penyusupan hama ke dalam lapisan luar kulit. Hama akan bertelur dan menyebabkan beberapa gejala seperti gatal pada malam hari, ruam, lepuhan kecil dan luka pada beberapa bahagian kulit.

3. Psoriasis – Psoriasis adalah sejenis penyakit autoimun kronik, yang menjejaskan kulit. Penyakit itu berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit. Kitaran yang cepat ini akan menyebabkan sel terkumpul pada kulit hingga menjadi tebal.

Sel kulit berlebihan kemudian akan menjadi kering, berkeruping atau bersisik yang berwarna putih (sel mati). Ia juga boleh hadir dalam tompokan merah yang gatal dan kadangkala menyakitkan.

4. Gangguan saraf – Gangguan saraf pada tangan, seperti carpal tunnel syndrome (CTS), boleh menyebabkan gatal di telapak tangan terutama pada malam hari.

Kredit gambar: Hello Sehat

Selain itu, gatal pada telapak tangan juga boleh disebabkan kerengsaan, alergi makanan atau kosmetik, jangkitan dan kesan ubat. Telapak tangan gatal boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamina, antikeradangan, menyapu krim dan losyen, mencuci tangan dengan bersih serta menjaga kebersihan sekeliling. Jika gatal telapak tangan masih berterusan, segera berjumpa dengan pakar.

Sumber: Alodokter

Ad Ops