Categories: Trending

[Terkini] Malaysia Berdepan Kes Kematian Ketiga Akibat COVID-19, Mangsa Dari Kluster Tabligh

Susulan wabak Coronavirus, Malaysia kini merekodkan satu lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu sebanyak tiga kes.

Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kes ketiga ini melibatkan seorang warganegara Malaysia berumur 58 tahun yang merupakan peserta kluster tabligh. Mangsa menerima rawatan di Hospita Tawau pada 9 Mac 2020 dan mengalami kemerosotan kesihatan sebelum disahkan meninggal hari ini, kira-kira jam 6.27 petang. 

Dalam perkembangan lain COVID-19 kini mencatatkan 130 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan kes di setiap negeri sebanyak 1030 kes. Salam takziah kami ucapkan buat ahli keluarga mangsa, semoga roh arwah tenang di sana. 

Sumber: Facebook Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”