Categories: Trending

Tewas Dek Bisa Si Tedung…Al-Fatihah

Al-Fatihah…Perginya seorang wira yang terkenal dengan kemahiran menjinak dan menangkap ular. Allahyarham Abu Zarin Hussin meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.

Allahyarham berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di Bukit Angin disahkan meninggal dunia pada jam 12.54 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin,  ketika mengesahkan perkara itu,  berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini. 

Abu Zarin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAS selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong dan dia dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mulai sedar pada tengah hari Selasa lalu.

Abu Zarin sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di BBP Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Sepanjang kerjayanya, Abu Zarin pernah beberapa kali dipatuk  ular senduk dan digigit ular sawa,  malah pernah koma dua hari akibat dipatuk ular tedung pada 2015.

 

SGMS Faida