Trending By: Aisyah Badrul August 21, 2020 @ 1:20pm

Tiada Perarakan Hari Kebangsaan Tahun Ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini menyeru rakyat di negara ini agar menghidupkan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun tiada perarakan Hari Kebangsaan diadakan pada tahun ini, rakyat boleh meraikan sambutan  secara kreatif dan berkongsi gambar atau video  menerusi media sosial.

“Kita galakkan rakyat ambil gambar dan video dan kongsikan kreativiti mereka untuk mengekspresikan Hari Kebangsaan. Oleh kerana tiada acara seperti biasa, tidak bermakna kita tidak boleh menghidupkan semangat sambutan negara secara bersama,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini yang disiarkan stesen televisyen TV3.

Menurut Saifuddin, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini juga adalah serentak dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Julai lepas.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos dan seterusnya sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept yang akan berlangsung di Sibu, Sarawak.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke Dataran Pahlawan bagi upacara menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan keselamatan utama dan seterusnya menyampaikan titah diraja yang akan disiarkan secara langsung.

“Kebiasaannya tiada titah diraja pada Hari Kebangsaan tetapi kerana 50 tahun lepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada masa itu mengisytiharkan Rukun Negara pada tarikh 31 Ogos, maka kita ambil bersempena ulang tahun 50 tahun itu untuk ucapan titah baginda,” katanya.

Saifuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 berharap setiap stesen televisyen berusaha menghidupkan suasana sambutan itu bagi memastikan hari berkenaan diraikan bersama.

“Selalu kita tengok selain perarakan tentera akan ada juga aset-aset yang dibawa ke Dataran Merdeka tetapi kali ini takkan nak dibawa aset-aset itu ke studio … semuanya bergantung pada kreativiti stesen-stesen televisyen,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Trending Tue, 6 Jun 2023
Trending Mon, 20 Apr 2020
Featured Fri, 12 Jan 2024

Ismail Izzani Kemalangan, Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Moga takde kecederaan serius lah kan…

Trending Tue, 12 Jan 2021

Kes Tertinggi Pernah Direkodkan, Kes Baru Positif Covid-19 Catat 3,309

Tiada apa yang mustahil, kita pasti boleh menang sekali lagi!

Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…