Trending By: Salma Syahbuddin August 27, 2020 @ 11:27am

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Merekod suhu badan atau menulis ketika pemeriksaan dimana-mana pusat membeli belah atau premis perniagaan tidak perlu dicatatkan dalam buku atau disimpan secara rekod digital.

Simpan rekod suhu badan sebenarnya bercanggah

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Hanya nama nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital.

“Cuma sedikit kekeliruan, kalau kita pergi ke premis perniagaan, dia tulis suhu badan, maka ini tidak wajib dan maka dari segi tatacara yang kita keluarkan, ia salah.

“Penulisan suhu badan tidak boleh dilakukan,”  Katanya.

Data peribadi harus dimusnahkan

Tambahnya lagi, data peribadi hanya akan digunakan untuk pengesanan kontak manakala, tempoh simpanan data peribadi adalah sehingga 6 bulan sahaja dan selepas itu ianya harus dimusnahkan adn dipadam secara kekal selepas 9 bulan.

Ini selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Jun 2021

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP Mulai 12 Julai 2021

Umum maklum, kerajaan telah mengumumkan pengeluaran KWSP iaitu sebanyak RM 5,000 kepada semua pencarum melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara permohonan i-Citra. Apakah i-Citra […]

Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner […]

Trending Wed, 20 Apr 2022

Lakukan Amang Seksual Fizikal Ke Anak Rakan, Penceramah Bebas Ditahan

Penceramah bebas melakukan amang seksual fizikal ke anak rakannya ditahan.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Wed, 27 Mar 2024